Friday, 13 September 2013

RESEPI : NUTELLA BROWNIES YANG SIMPLE

Assalamualaikum. ;)



nutella brownies yang simple !



pehh, inilah kek yang aku rasa paling senang nak buat. tak payah pening kepala nak cari bahan tau. tiga bahan je tuu. nak buatnya pon tak sampai sepuluh minit, gaul-gaul terus masuk oven. itupon guna mixer. lain lah kalau pakai tangan, memang ambil masa sikit. hahaa





rupa dalaman nutella brownies



memula aku nampak resepi nutella brownie ni dari instagram kokpingjamal. sekali tengok macam senang je nak buatnya. tak lama lepas tuu, nampak pula Cik Epal post nutella brownies ni juga. aihh, memang senang lah agaknya nak buat nutella brownies ni kan. dah alang-alang tu, aku share kan jugak lah ye cara nak buat nutella brownies ni. sharing is caring kan. tapi aku ada adjust sikit resepi ni ikut suka hati aku sebab tak cukup bahan. muehehee :)









BAHAN-BAHAN :
2 BIJI TELUR
200g NUTELLA
9 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM


CARA-CARANYA :
1. Pukul telur dan nutella di dalam bekas dengan menggunakan mixer. Pada yang rajin nak guna tangan pon boleh, tak ada masalah. 
2. Bila dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Resepi asal menggunakan tepung serbaguna (all purpose flour). Tetapi disebabkan aku tak ada tepung serbaguna, maka aku ganti dengan tepung gandum.  
3. Sepatutnya, untuk 130g nutella (1/2 cawan nutella) kena guna 5 sudu tepung. Tetapi sebab nutella tu cuma ada 200g sahaja, maka aku kurangkan menjadi 9 sudu sahaja. Bukan apa, takut bila terlebih tepung, kurang manis pula rasanya nanti (ni teori aku semata-mata tau). 
4. Gaulkan tepung dengan adunan nutella dan telur tadi sehingga sebati. Agak-agak dah sebati bolehlah dituang ke dalam acuan. Nak guna loyang boleh, nak guna papercup pon boleh. Aku gunakan papercup kecil tu, bila dah siap dapat dalam 37 biji saja. 
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing ye). 
6. Nak tau brownies ni dah masak ke belum, gunakan garpu atau lidi dan cucukkan pada brownies tuu. Kalau tak melekat tu dah masak maknanya.






yayy ! nasib baik menjadi. selalunya kalau aku buat apa-apa kek untuk pertama kali mesti kurang menjadi. bantat lah, itulah inilah. dah 2-3 kali buat baru elok. tapi untuk nutella brownies ni, pertama kali buat dah jadi. oh happy happy day !





dah siap tuu, bolehlah dimakan begitu saja. tapi jangan makan panas-panas, melecur pulak mulut tu nanti. dah tak comellss. kalau nak bagi brownies tu cantik-cantik sikit bubuhlah coklat atasnya. kalau ada chocolate rice lebih masa buat kuih raya hari tu pon boleh letak jugak.






bagi aku nutella brownies sedap memang sedap, cuma harga nutella tu lah yang tak boleh tahan sikit. yang botol kecil 200g tu je dalam  rm10 tapi cuma dapat 37 biji. untuk makan sekali sekala bolehlah, kalau selalu tuu memang tak la. kat rumah aku ni mulut-mulut yang ada bukan sikit. sekali ngap nak 7-8 biji. mana cukup. hihii




# kalau gantikan nutella dengan peanut butter atau coklat masakan sedap ke tak ek ? ada yang dah pernah cuba tak. mcm nak cubalah nanti. hihii



Selamat mencuba pada yang nak mencuba nutella brownies yang simple ni !



thanks for reading. ^^

22 comments:

  1. wah pandai adik kita ni...tak kembang ke dik kertas muffin tu..ni nmpk cantik sgt

    ReplyDelete
  2. wah senang nya bahan dia 3 je? terbaikkkk

    ReplyDelete
  3. hrus try ni..

    pnh nmpk kat blog cik epal tp mood tkde lg..hihiih

    ReplyDelete
  4. Oishii sou
    Mmg simple n sedap khen?
    Nutella ni buat apa benda pun rasa sgt awesome gituew

    ReplyDelete
  5. salam..ai adik ku ct..lame gile tak menjengah..dah berwajah baru blog..hehe

    btw..simple gile resepi..simple mcm buat almond cluster..leh try wat t tok ofismate..hehe..

    ReplyDelete
  6. nmpk sedap tpi nk buat tu yg jdi tak sedap haha..penyakit mals tebal huhu

    ReplyDelete
  7. nutella brownies mmg yummeyhhh giler!
    tp part harga nutella tu yg xleh blah tuh :P

    ReplyDelete
  8. nampak sgt2 sdp..blhla try buat utk anak2


    blogwalking,jemputlah ke blog saya dan bertukar2 link

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. dah pernah buat mmg sedap

    aritu member kite ada gantikan dgn peanut butter, just dia add sugar sikit

    dia kata sedap gak

    :D

    ReplyDelete
  10. simple...mudah je nak buat...kena try ni....tutup mata pun boleh buat...cewahhhhh....kihkih

    ReplyDelete
  11. salam singgah sambil follow...jemput joint G.A saya

    http://airis-contest.blogspot.com/2013/10/giveaway-nandos-by-airis-arissa.html

    ReplyDelete
  12. wah sedapnye
    blh try buat resepi ni

    follower ke 623..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. ni teruja nihh..nampak comel je..nampak comel je..akak nihh dah gila buh resepi plak..nanti leh le try ek...

    ReplyDelete
  14. lawa...cantik...gebuss...sedap nutella brownies awk...
    hahaha pandaiinya dia buat...
    nak buat jugakkkkk haha ;)

    ReplyDelete
  15. Tak perlu letak gula dgn butter ye..senangnya

    ReplyDelete
  16. bil tah nk buatkn utk akak ni..

    ReplyDelete
  17. wahhhhh... nak try jugaklah... terliur tgk.. huhuh

    ReplyDelete
  18. Topping yg celoreng tu camna?apa bahan

    ReplyDelete
  19. Camna dgn topping celoreng tu?apa bahannya?

    ReplyDelete
  20. kek paling senang...! gebusss jer... yummmyyyy..!!!

    ReplyDelete